Alhamdulillah akhirnya sudah selesai pengajian aku di sem 1
bagi sesi 2012/2013.Banyak pahit dan manis yang terpaksa aku lalui di
Universiti Malaya ini.Ada kalanya aku bergembira dan adakalanya aku berduka
seorang diri.Bagi aku,semua itu lah di nama kan pengajaran dan merupakan guru
yang terbaek bagi diri aku ini.Aku sememang kadang-kadang merasakan diri ini
bagus tapi aku cuba refeflect kan ia balik pada diri aku ini kerana semua yang
aku miliki ini hanya pinjaman buat sementara waktu sahaja dan pada bila-bila
masa sahaja Allah akan mengambilnya dari aku ini.Pernah aku dengar petikan
kata-kata seorang ustak yang mana dia mengatakan bahawa yang ada pada diri kita
ini sudah menjadi harapan bagi diri kita ini.Selama ini aku hanya lah mendengar
sahaja dan tidak cuba untuk mendalami maksud itu dengan sedalam-dalamnya.Apa
yang aku buat adalah hanya memainkan video itu berulang-ulang kali sehingga aku
tidak langsung menyedari petikan yang beliau sebut itu.
Namun sekarang aku mengucapkan Alhamdulillah kerana pada
masa sekarang aku sedang belajar untuk memahami maksud itu dengan
sedalam-dalamnya.Bagi aku mungkin akan ada yang mengutuk dan memperli perlakuan
aku ini,namun aku tidak kisah kerana aku cuba mendalami lagi maksud yang ustak
itu sampaikan itu.
Pada sesi 2012/2013 sem 1 banyak perkara yang aku rasakan
tidak kena pada diri aku ini.Aku merasakan seolah-olah diri aku ini begitu
bodoh.Kalau nak bercakap mengenai pembelajaran aku,aku ini tidak dapat menfokuskan belajar aku ini
dengan baik.Aku merasakan aku ini terlalu banyak membuang masa.Terlalu banyak
masa di buang begitu sahaja dan aku tidak menyalahkan sesiapa pun kerana itu
adalah tugas aku untuk menyusun semua jadual aku dengan baek.Menyusun waktu
agar aku ada masa untuk bermain,untuk berseronok,dan juga masa untuk beramal.
Menjelangnya minggu peperiksaan,aku meletakkan segala
keringat yang ada pada diri aku ini untuk belajar sehabis baik.Aku cuba untuk
memanfaatkan waktu itu dengan belajar.Mengorbankan sedikit waktu tidur,waktu
bermain,waktu bersuka ria bersama kawan untuk mentelaah pelajaran
ini.Sehinggakan aku lupa untuk bertanya khabar dengan keluarga aku di kampong terutama
sekali IBU aku.Sesekali aku merasakan diri aku ini tidak tenang dan berasakan
gundah gelisah,pada ketika itu lah aku baru aku teringat untuk menelefon IBU
aku ini.Alhamdullillah setelah mendengar khabar dan suara seorang yang amat
penting dalam hidup kita ini,sedikit demi sedikit perasaan aku ini kembali
tenang.Emosi aku pun semakin baek.Aku terbaca juga post kawanku di Facebook
yang mana beliau berasa tertekan dengan pelajaran,namun setelah menelefon
ayahnya,semuanya kembali tenang.Apa yang boleh saya nasihatkan kepada yang
membaca petikan aku ini,kalau ada masalah,cuba lah menelefon ibubapa kamu namun
cubalah jangan sesekali untuk berceritakan bahawa kamu sedang mengalami
masalah.Nanti ibubapa kamu bertambah risau pula nanti.Namun itu bergantung
kepada kamu semua bagaimana untuk mengaplikasikanya.
SEKIAN SAHAJA NUKILAN daripada:
Harif Harun(H.H)
No comments:
Post a Comment