Wednesday 13 March 2013

Minggu 2 Perang 13 minggu


Aku terlambat untuk Upadate minggu kedua bagi 13 minggu perang.Minggu kedua bermakna bermula jadual sebenar aku bagi sesi 2012/2013.Aku berasa sangat bersyukur kerana kebanyakan kelas tidak terlalu padat.Sudah 3 semester jadual aku begitu padat.Bayangkan lah 4 jam lecture plus 1 jam tutor bagi subjek math.Bermakna 5 jam lah.Itu baru 1 subjek,tapi aku amek 4 subjek math biasanya pada setiap semester.Cuba kira sendirilah.Namun aku amat bernasib baek kerana perkara ini aku sudah terbiasa semasa PASUM iaitu sewaktu foundation aku dahulu.Dahulunya jadual begitu pack.Kadang nak makan pun mcm tak sempat.Namun perkara itu lah membuatkan aku cepat untuk addapt di Universiti ini kerana perkara seperti itu aku sudah pun terbiasa.

Alhamdulillah jugak pada sem ini,aku tidak terlalu banyak aktiviti di kolej kerana semua aktiviti aku telah pun selesai pada semester yang lepas.Actually aku rasa jadual sem ini adalah paling best.Walaupun hari jumaat ada kelas,tapi aku still rasa tidak terlalu beban.Aku rasa aku boleh memberi fokus dengan lebih baik.Kalau aku xdapat buat too bermakna itu salah aku sendiri lah.Aku yang tidak pandai membahagi masa dan juga mybe aku nie suka membuang masa.Seperti mana yang abang amirul cakap,musuh yang paling hampir dengan kamu ialah diri kamu itu sendiri.Bukan orang lain tetapi mind set dalam diri kamu yang mengawal setiap tindakan dan tingkah laku anda semua,....

Sekian sahaja untuk minggu 2
#perang 13 minggu