Monday 30 January 2012

KESUSAHAN

Setiap daripada kita pasti akan melalui saat kesusahan.Pernah atau tidak kita fikir kenapa kesusahan itu hadir dan wujud dalam kehidupan seharian kita??Ada kalanya ada di antara kita tidak pernah melalui kesusahan,tetapi  apabila mereka menghadapi kesusahan itu mereka tidak mengambil ia sebagai suatu yang positif.Cuba kita lihat orang yang telah berjaya,pasti mereka juga melalui saat kesusahan itu.Mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam meniti dan memperoleh kejayaan itu.

Kita sering melihat hasil kejayaan mereka tetapi pernah kita bertanya kepada mereka apakah cabaran yang terpaksa mereka hadapi untuk mendapat kejayaan itu.Ada setengah daripada mereka seperti tidak mahu menceritakan pengalaman tersebut kerana tidak sanggup lagi untuk mengingat pengalaman yang lalu itu.Mungkin pada pengalaman itu terdapat saat yang pahit terpaksa mereka tanggung.Namun begitu,ada yang ingin berkongsi pengalaman itu bersama orang lain agar ia menjadi iktibar bahawa kesenangan yang hadir pada hari ini bukan lah suatu perkara yang sangat mudah

Oleh yang demikian,setiap kesusahan yang kita hadapi,haruslah kita tempuhi dengan fikiran yang positif.Jangan anggap itu merupakan suatu benda yang tidak sepatutnya ada dalam kehidupan kita kerana kesusahan itu membentuk diri kita pada hari ini.

Sunday 22 January 2012

Kesenangan

Sesungguh nya setiap kesenangan itu akan di dahului dengan kesusahan.Mana ada kesenangan itu datang dengan bergolek.Pasti adanya rintangan dan juga halangan yang terpaksa di lalui untuk mencapai yang dingini.

Tetapi berapa ramai yang sanggup bersabar dengan kesusahan.Ramai daripada kita yang tidak sanggup menghadapinya seolah-olah mereka sepeti dengan janji Allah.

Kadang-kadang kesusahan itu hanya sementara.Namun ramai daripada kita yang tidak sanggup untuk bersabar dengan kesusahan itu.Hal ini kerana mereka tidak nampak apa kesenangan jangka panjang yang bakal di perolehi.