Sunday 20 January 2013

Jadual Waktu Untuk Sem Hadapan...

Salam...aku kali ni tetiba je rasa nak post pasal jadual belajar untuk setiap sem.Aku bersyukur sangat sebab universiti aku fleksible kepada student untuk memilih sendiri atau dengan kata lain menyusun jadual waktu dengan sendirinya.Bermakna apabila jadual waktu di susun sendiri,maka para pelajar boleh memilih sendiri hari peperiksaan yang mereka kehendaki.Ada yang dapat jadual peperiksaannya yang mana setiap subjek itu ada gap.Ada yang terpaksa menanggung hari peperiksaanya yang berturut-turut dan habis awal peperiksaanya.

Manakala bagi mereka yang pandai menyusunya,dia akan memilih terdapat gap satu atau dua hari bagi setiap subjek.Bermakna mereka tidak exam berturut-turut harinya.Bagi aku pula,aku lebih suka exam yang mana ada gap.Majoritinya akan memilih begitu.Orang cakap boleh lah jugak "pulun" untuk saat2 akhir..Setiap saat amat berharga apabila menjelang study week dan exam week.Seandainya waktu di buang begitu sahaja,maka anda akan berasa amat menyesal.Kalau anda tidak merasa sebegini bermakna saya boleh katakan anda mungkin seorang yang genius atau dengan kata yang lebih kasarnya,tidak mengambil serius dalam belajar..hehehe

Wednesday 16 January 2013

SEM 1 SESI 2012/2013


Alhamdulillah akhirnya sudah selesai pengajian aku di sem 1 bagi sesi 2012/2013.Banyak pahit dan manis yang terpaksa aku lalui di Universiti Malaya ini.Ada kalanya aku bergembira dan adakalanya aku berduka seorang diri.Bagi aku,semua itu lah di nama kan pengajaran dan merupakan guru yang terbaek bagi diri aku ini.Aku sememang kadang-kadang merasakan diri ini bagus tapi aku cuba refeflect kan ia balik pada diri aku ini kerana semua yang aku miliki ini hanya pinjaman buat sementara waktu sahaja dan pada bila-bila masa sahaja Allah akan mengambilnya dari aku ini.Pernah aku dengar petikan kata-kata seorang ustak yang mana dia mengatakan bahawa yang ada pada diri kita ini sudah menjadi harapan bagi diri kita ini.Selama ini aku hanya lah mendengar sahaja dan tidak cuba untuk mendalami maksud itu dengan sedalam-dalamnya.Apa yang aku buat adalah hanya memainkan video itu berulang-ulang kali sehingga aku tidak langsung menyedari petikan yang beliau sebut itu.

Namun sekarang aku mengucapkan Alhamdulillah kerana pada masa sekarang aku sedang belajar untuk memahami maksud itu dengan sedalam-dalamnya.Bagi aku mungkin akan ada yang mengutuk dan memperli perlakuan aku ini,namun aku tidak kisah kerana aku cuba mendalami lagi maksud yang ustak itu sampaikan itu.

Pada sesi 2012/2013 sem 1 banyak perkara yang aku rasakan tidak kena pada diri aku ini.Aku merasakan seolah-olah diri aku ini begitu bodoh.Kalau nak bercakap mengenai pembelajaran aku,aku ini  tidak dapat menfokuskan belajar aku ini dengan baik.Aku merasakan aku ini terlalu banyak membuang masa.Terlalu banyak masa di buang begitu sahaja dan aku tidak menyalahkan sesiapa pun kerana itu adalah tugas aku untuk menyusun semua jadual aku dengan baek.Menyusun waktu agar aku ada masa untuk bermain,untuk berseronok,dan juga masa untuk beramal.

Menjelangnya minggu peperiksaan,aku meletakkan segala keringat yang ada pada diri aku ini untuk belajar sehabis baik.Aku cuba untuk memanfaatkan waktu itu dengan belajar.Mengorbankan sedikit waktu tidur,waktu bermain,waktu bersuka ria bersama kawan untuk mentelaah pelajaran ini.Sehinggakan aku lupa untuk bertanya khabar dengan keluarga aku di kampong terutama sekali IBU aku.Sesekali aku merasakan diri aku ini tidak tenang dan berasakan gundah gelisah,pada ketika itu lah aku baru aku teringat untuk menelefon IBU aku ini.Alhamdullillah setelah mendengar khabar dan suara seorang yang amat penting dalam hidup kita ini,sedikit demi sedikit perasaan aku ini kembali tenang.Emosi aku pun semakin baek.Aku terbaca juga post kawanku di Facebook yang mana beliau berasa tertekan dengan pelajaran,namun setelah menelefon ayahnya,semuanya kembali tenang.Apa yang boleh saya nasihatkan kepada yang membaca petikan aku ini,kalau ada masalah,cuba lah menelefon ibubapa kamu namun cubalah jangan sesekali untuk berceritakan bahawa kamu sedang mengalami masalah.Nanti ibubapa kamu bertambah risau pula nanti.Namun itu bergantung kepada kamu semua bagaimana untuk mengaplikasikanya.

SEKIAN SAHAJA NUKILAN daripada:

 Harif Harun(H.H)

Monday 14 January 2013

Coretan hidup

Sudah lama aku tidak post di blog aku ini.Sebenarnya aku sekarang sibuk sgt dengan belajar..walaupun ada masa untuk update blog aku ini,tetapi jari ini seolah-olah malas untuk menulis atau pun berkarya di blog..Ada sesetengah orang yang sering kali menulis novel..ala seperti novel..ada pula yang menulis diari hidupnya.Mungkin di situ lah tempat dia ingin meluahkan perasaan.Namun bagi aku,luahan perasaan itu aku tidak suka kerana aku tidak mahu orang lain mengetahui isi hati aku ini.Aku juga tidak suka berkongsi perasaan aku itu.To me,make it simple,live will be more fun because ramai orang tidak tahu isi dan hati kita ini.Bermakna first inspiration diorang tidak dapat lagi estimate diri kita diri ini.So bagi aku,lebih korang semua make it low profile...