Sunday 24 February 2013

PERANG 13 MINGGU

Aku mendapat idea untuk menyatakan bahawa aku sedang berperang 13 minggu yang mana aku mempunyai target aku sendiri dalam masa 13 minggu ini.Bermula dengan bismillah,maka bermulalah perjuangan aku selama 13 minggu untuk menngejar pointer pada sem ini.Aku mempunyai target aku sendiri untuk mendapat pointer lebih baik.Idea ini mendapatnya setelah melihat abang iwan meletakkan target dye perang 90 hari.Bagi aku berperang 13minggu iaitu aku cuba sedaya upaya untuk mendapat pointer 4.0 pada sem ini

Aku ingin mengejar pointer yang aku ingin pada sem ini. Walaupun aku mahukan 4.0,jangan sesekali kita abaikan tanggungjawab yang ada di sekeliling kita ini.Katakan kita mendapat 4.0 namun tanggungjawab seperti jawatan-jawatan di kolej,di fakulti mahupun di mana-mana sahaja kita tidak dapat laksanakan dengan sehabis baik,itu tidak berguna juga.

isyallah aku akan update perjalanan 13 minggu aku ini untuk menggapai pointer 4.0.

#13mingguperang

Friday 15 February 2013

Wednesday 13 February 2013

kejatuhan dan kejayaan

adakalanya diri kita bukanya sentiasa berada di atas.Kita harus juga merasa apa perasaan berada di bawah dan perasaan bila kita jatuh daripada sesuatu kejayaan.Cuba lihat semua orang yang berjaya dan hebat2 di dunia ini.Mereka semua tidak sentiasa berada di atas.Mereka pasti pernah berada di bawah atau pernah merasa jatuh.

Cuba kamu renungkan diri kamu sendiri,bila kamu jatuh dariapada sesuatu kejayaan,pasti kamu akan merasa sangat kecewa.Kamu juga berasa seolah mahu berputus asa.Ini bermakna kamu sudah mengalah  di pertengahan jalan.Kamu belum tentu lagi apa yang kamu kecepi jika kamu mengambil apa yang kegagalan itu sebagai suatu benda yang positif terhadap diri kamu.

Diri saya ini pernah merasai perasaan kegagalan dalam hidup ini.Namun saya cuba ambil ia sebagai suatu benda yang positif pada diri saya ini.Saya juga tidak pernah mengagap ia sebagai suatu kegagalan yang berterusan tetapi kegagalan yang dialami itu harus di ambil sebagai iktibar bagi diri kita ini.Cuba kamu cari dan kaji apa sebenarnya punca dan penyebab yang menyebab kamu gagal.Kalau sudah punca dan penyebabnya kita jumpa,maknanya kita sudah tahu yang mana kita patut baiki..




Wednesday 6 February 2013

TAK TAU...

tetiba sahaja aku terasa nak tulis blog.Aku terasa nak upadate post kat wall blog aku ini.
Setelah lama berasa cuti panjang,aku terasa nak buat sesuatu baru.Setiap hari terfikir,apa aktiviti yang aku buat pada hari ini.Aku ini jenis tak boleh hanya terperap di rumah sahaja sebab kalau lama sangat terperap kepala aku terasa pening dan terasa tidak ada kepuasan pada hari tersebut

Aku lebih suka melepak dengan budak-budak dari kampung aku walaupun percakapan mereka itu bukan  berada pada tahap pemikiran aku,namun aku cuba untuk menyelami jiwa mereka.Mereka kadang-kadang boleh bertukar ganas tetapi pada masa yang sama mereka ini berjiwang juga.Bila dengan perempuan kesopanan mereka akan tertonjol.Aku kadang-kadang tergelak seorang diri melihat mereka.Namun bila mereka meningkat dewasa,aku boleh meihat tahap kematangan mereka.Mereka yang dahulunya suka mengutuk perkara yang tidak munasabah,tetapi sudah bertukar menjadi seorang yang memberi semangat kepada kawan.Memang betul cakap mama,bila timbul kesedaran dalam diri mereka,sikap dan perangai mereka automatik akan berubah menjadi seorang yang betul2 mahu berjaya...