Wednesday 27 March 2013

minggu 3 perang 13 minggu


Pada minggu ini (11/3/2013-17/3/2013)tersebut aku berjumpa dengan abang amirul untuk briefing sesi coaching untuk hari rabu.Namun begitu,abang amirul mengatakan  flexibel untuk kami RSS untuk membuat sesi coaching tersebut.Bagi kumpulan kami telah decide untuk membuat pada hari jumaat.Alhamdulillah kesemua ahli group kami dapat hadir untuk sesi coaching.Setelah perbincangan dilakukan,kebanyakan mereka telah decide untuk hari buat pada hari jumaat.Kami terima.

Pada masa yang sama,pagi jumaat itu saya telah cuba untuk membuat preparation untuk petang itu.Namun begitu,di sebabkan gugup,banyak perkara tidak dapat saya sampai kan kepada mereka.Mungkin sebab nervaous.

Saya merasakan perang saya untuk mengerja pointer lebih baek,saya terpaksa melakukan tanggungjawab yang telah dipertangungjawabkan kepada saya.Kalau bukan sekarang saya belajar untuk mengenal apa itu erti tanggungjawab,mungkin apabila masuk ke alam pekerjaan nanti akan menimbul kan satu masalah kepada   saya nanti.Biarlah orang cakap diri kita ini boleh melakukan kerja daripada kita di pandang serong di sebabkan tidak dapat melakukan kerja.Hal ini di sebab

minggu 4 perang 13 minggu


Alhamdulillah minggu 4 perang 13 minggu iaitu(18/3/2013-24/3/2013) telah selamat saya telah lalui dengan jayanya.Pada minggu akan tertekan di sebabkan pada hari Jumaat bagi minggu ini saya ada test.Maka saya akan sibuk dengan test lah sampai mid sem break.Namun nasib baiklah setiap minggu akan hanya ada satu test sahaja.Nasib baiklah mendapat lecture yang faham student sebab kenyakan mereka sudah arif kerana kebiasaanya test akan di lakukkan ada minggu 6 atau 7 iaitu sebelum mid sem break.Ada juga lecture yang sengaja mengawalkan test.Saya pun terima sahaja.Kalau test awal bermakna tidak banyaklah sangat topik yang cover masa test nanti.

Setelah saya teliti,diri kita ini sebenarnya tidak pandai merancang dalam hidup termasuk lah diri saya ini.Sebenarnya kebanyakan lecture akan memberitahu awal tarikh test tersebut.Maka kita sebagai student sebenarnya sudah pun boleh menyusun jadual.Yang paling utama sekali adalah belajar.Tarikh test kita sudah tahu,apa salah kita merancang masa bila untuk belajar dan topik mana yang nak fokus.

Selain itu,jangan lah berputus asa untuk sentiasa berdoa.Bukan nak katakan diri ini saya alim,namun banyak perkara saya selalu doakan dan tidak berputus asa untuk sentiasa mengharap padanya,pasti tuhan akan bagi juga kepada kita.Kita hanyalah perlu yakin plus berusaha untuk mendapatkannya.Cuma hanyalah perlu yakin pada-Nya...

sekian sahaja..