Friday 27 September 2013

Saturday 24 August 2013

INGIN

Ingin menulis??tetapi diri ini tidak pernah sangat untuk membaca

Ingin mengungkap sebuah ucapan namun tiada idea ingin di lontar kan

Ingin bercerita kepada sahabat handai,namun tiada isi yang ingin di sampaikan.

Ingin berhujah di khalyak ramai,namun ideanya tidak sama sekali bernas.

Ingin menjadi seorang bijak pandai,namun tidak pernah mendekati orang yang lebih berilmu daripada diri ini.

Ingin mengubah diri ini,namun selangkah pun tidak di ambil untuk memulakannya

Ingin sentiasa bahagia,namun pernah ke kita cuba untuk membahagiakan orang lain

Ingin terasa diri ini sentiasa terhibur,adakah orang lain pernah kita hibur kan???

Tuesday 23 July 2013

sometimes we at the top,sometimes we at bottom

Tidak selalunya kita akan selalu berada di atas dan tidak mustahil suatu hari kita akan jatuh.

Bukan mudah untuk kita pertahankan diri kita ini sentiasa di atas tetapi tidak mustahil untuk
kita pertahankannya

Orang cakap hidup ini kalau selalu berjaya akan menjadi bosan tetapi apabila kita 
renungkan semula kita ini adalah manusia yang bersifat lemah.

Apabila kita jatuh ke bawah,tidak mustahil untuk kita bangun semula 
kerana orang cakap kita belajar daripada kesilapan dan perbaiki
kesilapan yang kita lakukan.

Untuk kembali semula ke atas,kita harus tahu mana punca yang menyababkan kita jatuh ke bawah.


Wednesday 27 March 2013

minggu 3 perang 13 minggu


Pada minggu ini (11/3/2013-17/3/2013)tersebut aku berjumpa dengan abang amirul untuk briefing sesi coaching untuk hari rabu.Namun begitu,abang amirul mengatakan  flexibel untuk kami RSS untuk membuat sesi coaching tersebut.Bagi kumpulan kami telah decide untuk membuat pada hari jumaat.Alhamdulillah kesemua ahli group kami dapat hadir untuk sesi coaching.Setelah perbincangan dilakukan,kebanyakan mereka telah decide untuk hari buat pada hari jumaat.Kami terima.

Pada masa yang sama,pagi jumaat itu saya telah cuba untuk membuat preparation untuk petang itu.Namun begitu,di sebabkan gugup,banyak perkara tidak dapat saya sampai kan kepada mereka.Mungkin sebab nervaous.

Saya merasakan perang saya untuk mengerja pointer lebih baek,saya terpaksa melakukan tanggungjawab yang telah dipertangungjawabkan kepada saya.Kalau bukan sekarang saya belajar untuk mengenal apa itu erti tanggungjawab,mungkin apabila masuk ke alam pekerjaan nanti akan menimbul kan satu masalah kepada   saya nanti.Biarlah orang cakap diri kita ini boleh melakukan kerja daripada kita di pandang serong di sebabkan tidak dapat melakukan kerja.Hal ini di sebab

minggu 4 perang 13 minggu


Alhamdulillah minggu 4 perang 13 minggu iaitu(18/3/2013-24/3/2013) telah selamat saya telah lalui dengan jayanya.Pada minggu akan tertekan di sebabkan pada hari Jumaat bagi minggu ini saya ada test.Maka saya akan sibuk dengan test lah sampai mid sem break.Namun nasib baiklah setiap minggu akan hanya ada satu test sahaja.Nasib baiklah mendapat lecture yang faham student sebab kenyakan mereka sudah arif kerana kebiasaanya test akan di lakukkan ada minggu 6 atau 7 iaitu sebelum mid sem break.Ada juga lecture yang sengaja mengawalkan test.Saya pun terima sahaja.Kalau test awal bermakna tidak banyaklah sangat topik yang cover masa test nanti.

Setelah saya teliti,diri kita ini sebenarnya tidak pandai merancang dalam hidup termasuk lah diri saya ini.Sebenarnya kebanyakan lecture akan memberitahu awal tarikh test tersebut.Maka kita sebagai student sebenarnya sudah pun boleh menyusun jadual.Yang paling utama sekali adalah belajar.Tarikh test kita sudah tahu,apa salah kita merancang masa bila untuk belajar dan topik mana yang nak fokus.

Selain itu,jangan lah berputus asa untuk sentiasa berdoa.Bukan nak katakan diri ini saya alim,namun banyak perkara saya selalu doakan dan tidak berputus asa untuk sentiasa mengharap padanya,pasti tuhan akan bagi juga kepada kita.Kita hanyalah perlu yakin plus berusaha untuk mendapatkannya.Cuma hanyalah perlu yakin pada-Nya...

sekian sahaja..

Wednesday 13 March 2013

Minggu 2 Perang 13 minggu


Aku terlambat untuk Upadate minggu kedua bagi 13 minggu perang.Minggu kedua bermakna bermula jadual sebenar aku bagi sesi 2012/2013.Aku berasa sangat bersyukur kerana kebanyakan kelas tidak terlalu padat.Sudah 3 semester jadual aku begitu padat.Bayangkan lah 4 jam lecture plus 1 jam tutor bagi subjek math.Bermakna 5 jam lah.Itu baru 1 subjek,tapi aku amek 4 subjek math biasanya pada setiap semester.Cuba kira sendirilah.Namun aku amat bernasib baek kerana perkara ini aku sudah terbiasa semasa PASUM iaitu sewaktu foundation aku dahulu.Dahulunya jadual begitu pack.Kadang nak makan pun mcm tak sempat.Namun perkara itu lah membuatkan aku cepat untuk addapt di Universiti ini kerana perkara seperti itu aku sudah pun terbiasa.

Alhamdulillah jugak pada sem ini,aku tidak terlalu banyak aktiviti di kolej kerana semua aktiviti aku telah pun selesai pada semester yang lepas.Actually aku rasa jadual sem ini adalah paling best.Walaupun hari jumaat ada kelas,tapi aku still rasa tidak terlalu beban.Aku rasa aku boleh memberi fokus dengan lebih baik.Kalau aku xdapat buat too bermakna itu salah aku sendiri lah.Aku yang tidak pandai membahagi masa dan juga mybe aku nie suka membuang masa.Seperti mana yang abang amirul cakap,musuh yang paling hampir dengan kamu ialah diri kamu itu sendiri.Bukan orang lain tetapi mind set dalam diri kamu yang mengawal setiap tindakan dan tingkah laku anda semua,....

Sekian sahaja untuk minggu 2
#perang 13 minggu

Thursday 7 March 2013

Minggu Pertama Perang 13 Minggu

Alhamdulillah selesai sudah minggu pertama untuk Perang 13 Minggu..Aku merasakan banyak lagi usaha yang perlu aku lakukan untuk perbaiki diri ini untuk menghadapi 12 minggu lagi.Aku harap aku dapat lalui dengan baik.Pada mulanya minggu pertama momentum untuk meneruskan usaha sebelum ini agak payah.Aku terpaksa memaksa diriku ini untuk belajar dan melaksanakan tanggungjawab.Seperti mana yang dikatakan oleh abang amirul,we need to invest on something.Pada diri aku reklesikan ia sebagai kita invest pada masa,tenaga, dan wang untuk upgrade diri kita ini.

Bukan senang untuk mengubah sesuatu yang sekian lama terbiasa pada diri kita ini.Seperti mana pengalaman aku sebelum ini,aku akan cuba kaitkan ia dengan ibubapa.Maksudnya kita melihat pengorbanan mereka berdua.Adakah perkara yang kita lakukan adalah seperti mana yang diharapkan oleh mereka.??Tepuk dada tanya lah diri masing-masing.Saya tidak perlu jelaskan ia panjang-panjang kerana masing-masing sudah pun besar dan dapat memikirkan tanggujawab yang di pegang.Cubalah untuk refesh balik..Apa sebenarnya tujuan yang kita datang ke sekolah ataupun ke universiti ini??Saya harap kamu semua dapat melihat balik pada diri masing-masing.Apa yang saya katakan ini saya sebenarnya cuba letakkan diri saya sebagai orang yang sepatutnya memperbaikinya..Sekian sahaja untuk cerita pada minggu pertama untuk Perang 13 minggu.

Jangan lupa untuk nantikan kemunculan untuk edisi minggu kedua.Hopefully you all enjoy reading it and try to comment it if you think that I need to add something..

Harif Harun(H.H)

Sunday 24 February 2013

PERANG 13 MINGGU

Aku mendapat idea untuk menyatakan bahawa aku sedang berperang 13 minggu yang mana aku mempunyai target aku sendiri dalam masa 13 minggu ini.Bermula dengan bismillah,maka bermulalah perjuangan aku selama 13 minggu untuk menngejar pointer pada sem ini.Aku mempunyai target aku sendiri untuk mendapat pointer lebih baik.Idea ini mendapatnya setelah melihat abang iwan meletakkan target dye perang 90 hari.Bagi aku berperang 13minggu iaitu aku cuba sedaya upaya untuk mendapat pointer 4.0 pada sem ini

Aku ingin mengejar pointer yang aku ingin pada sem ini. Walaupun aku mahukan 4.0,jangan sesekali kita abaikan tanggungjawab yang ada di sekeliling kita ini.Katakan kita mendapat 4.0 namun tanggungjawab seperti jawatan-jawatan di kolej,di fakulti mahupun di mana-mana sahaja kita tidak dapat laksanakan dengan sehabis baik,itu tidak berguna juga.

isyallah aku akan update perjalanan 13 minggu aku ini untuk menggapai pointer 4.0.

#13mingguperang

Friday 15 February 2013

Wednesday 13 February 2013

kejatuhan dan kejayaan

adakalanya diri kita bukanya sentiasa berada di atas.Kita harus juga merasa apa perasaan berada di bawah dan perasaan bila kita jatuh daripada sesuatu kejayaan.Cuba lihat semua orang yang berjaya dan hebat2 di dunia ini.Mereka semua tidak sentiasa berada di atas.Mereka pasti pernah berada di bawah atau pernah merasa jatuh.

Cuba kamu renungkan diri kamu sendiri,bila kamu jatuh dariapada sesuatu kejayaan,pasti kamu akan merasa sangat kecewa.Kamu juga berasa seolah mahu berputus asa.Ini bermakna kamu sudah mengalah  di pertengahan jalan.Kamu belum tentu lagi apa yang kamu kecepi jika kamu mengambil apa yang kegagalan itu sebagai suatu benda yang positif terhadap diri kamu.

Diri saya ini pernah merasai perasaan kegagalan dalam hidup ini.Namun saya cuba ambil ia sebagai suatu benda yang positif pada diri saya ini.Saya juga tidak pernah mengagap ia sebagai suatu kegagalan yang berterusan tetapi kegagalan yang dialami itu harus di ambil sebagai iktibar bagi diri kita ini.Cuba kamu cari dan kaji apa sebenarnya punca dan penyebab yang menyebab kamu gagal.Kalau sudah punca dan penyebabnya kita jumpa,maknanya kita sudah tahu yang mana kita patut baiki..




Wednesday 6 February 2013

TAK TAU...

tetiba sahaja aku terasa nak tulis blog.Aku terasa nak upadate post kat wall blog aku ini.
Setelah lama berasa cuti panjang,aku terasa nak buat sesuatu baru.Setiap hari terfikir,apa aktiviti yang aku buat pada hari ini.Aku ini jenis tak boleh hanya terperap di rumah sahaja sebab kalau lama sangat terperap kepala aku terasa pening dan terasa tidak ada kepuasan pada hari tersebut

Aku lebih suka melepak dengan budak-budak dari kampung aku walaupun percakapan mereka itu bukan  berada pada tahap pemikiran aku,namun aku cuba untuk menyelami jiwa mereka.Mereka kadang-kadang boleh bertukar ganas tetapi pada masa yang sama mereka ini berjiwang juga.Bila dengan perempuan kesopanan mereka akan tertonjol.Aku kadang-kadang tergelak seorang diri melihat mereka.Namun bila mereka meningkat dewasa,aku boleh meihat tahap kematangan mereka.Mereka yang dahulunya suka mengutuk perkara yang tidak munasabah,tetapi sudah bertukar menjadi seorang yang memberi semangat kepada kawan.Memang betul cakap mama,bila timbul kesedaran dalam diri mereka,sikap dan perangai mereka automatik akan berubah menjadi seorang yang betul2 mahu berjaya...

Sunday 20 January 2013

Jadual Waktu Untuk Sem Hadapan...

Salam...aku kali ni tetiba je rasa nak post pasal jadual belajar untuk setiap sem.Aku bersyukur sangat sebab universiti aku fleksible kepada student untuk memilih sendiri atau dengan kata lain menyusun jadual waktu dengan sendirinya.Bermakna apabila jadual waktu di susun sendiri,maka para pelajar boleh memilih sendiri hari peperiksaan yang mereka kehendaki.Ada yang dapat jadual peperiksaannya yang mana setiap subjek itu ada gap.Ada yang terpaksa menanggung hari peperiksaanya yang berturut-turut dan habis awal peperiksaanya.

Manakala bagi mereka yang pandai menyusunya,dia akan memilih terdapat gap satu atau dua hari bagi setiap subjek.Bermakna mereka tidak exam berturut-turut harinya.Bagi aku pula,aku lebih suka exam yang mana ada gap.Majoritinya akan memilih begitu.Orang cakap boleh lah jugak "pulun" untuk saat2 akhir..Setiap saat amat berharga apabila menjelang study week dan exam week.Seandainya waktu di buang begitu sahaja,maka anda akan berasa amat menyesal.Kalau anda tidak merasa sebegini bermakna saya boleh katakan anda mungkin seorang yang genius atau dengan kata yang lebih kasarnya,tidak mengambil serius dalam belajar..hehehe

Wednesday 16 January 2013

SEM 1 SESI 2012/2013


Alhamdulillah akhirnya sudah selesai pengajian aku di sem 1 bagi sesi 2012/2013.Banyak pahit dan manis yang terpaksa aku lalui di Universiti Malaya ini.Ada kalanya aku bergembira dan adakalanya aku berduka seorang diri.Bagi aku,semua itu lah di nama kan pengajaran dan merupakan guru yang terbaek bagi diri aku ini.Aku sememang kadang-kadang merasakan diri ini bagus tapi aku cuba refeflect kan ia balik pada diri aku ini kerana semua yang aku miliki ini hanya pinjaman buat sementara waktu sahaja dan pada bila-bila masa sahaja Allah akan mengambilnya dari aku ini.Pernah aku dengar petikan kata-kata seorang ustak yang mana dia mengatakan bahawa yang ada pada diri kita ini sudah menjadi harapan bagi diri kita ini.Selama ini aku hanya lah mendengar sahaja dan tidak cuba untuk mendalami maksud itu dengan sedalam-dalamnya.Apa yang aku buat adalah hanya memainkan video itu berulang-ulang kali sehingga aku tidak langsung menyedari petikan yang beliau sebut itu.

Namun sekarang aku mengucapkan Alhamdulillah kerana pada masa sekarang aku sedang belajar untuk memahami maksud itu dengan sedalam-dalamnya.Bagi aku mungkin akan ada yang mengutuk dan memperli perlakuan aku ini,namun aku tidak kisah kerana aku cuba mendalami lagi maksud yang ustak itu sampaikan itu.

Pada sesi 2012/2013 sem 1 banyak perkara yang aku rasakan tidak kena pada diri aku ini.Aku merasakan seolah-olah diri aku ini begitu bodoh.Kalau nak bercakap mengenai pembelajaran aku,aku ini  tidak dapat menfokuskan belajar aku ini dengan baik.Aku merasakan aku ini terlalu banyak membuang masa.Terlalu banyak masa di buang begitu sahaja dan aku tidak menyalahkan sesiapa pun kerana itu adalah tugas aku untuk menyusun semua jadual aku dengan baek.Menyusun waktu agar aku ada masa untuk bermain,untuk berseronok,dan juga masa untuk beramal.

Menjelangnya minggu peperiksaan,aku meletakkan segala keringat yang ada pada diri aku ini untuk belajar sehabis baik.Aku cuba untuk memanfaatkan waktu itu dengan belajar.Mengorbankan sedikit waktu tidur,waktu bermain,waktu bersuka ria bersama kawan untuk mentelaah pelajaran ini.Sehinggakan aku lupa untuk bertanya khabar dengan keluarga aku di kampong terutama sekali IBU aku.Sesekali aku merasakan diri aku ini tidak tenang dan berasakan gundah gelisah,pada ketika itu lah aku baru aku teringat untuk menelefon IBU aku ini.Alhamdullillah setelah mendengar khabar dan suara seorang yang amat penting dalam hidup kita ini,sedikit demi sedikit perasaan aku ini kembali tenang.Emosi aku pun semakin baek.Aku terbaca juga post kawanku di Facebook yang mana beliau berasa tertekan dengan pelajaran,namun setelah menelefon ayahnya,semuanya kembali tenang.Apa yang boleh saya nasihatkan kepada yang membaca petikan aku ini,kalau ada masalah,cuba lah menelefon ibubapa kamu namun cubalah jangan sesekali untuk berceritakan bahawa kamu sedang mengalami masalah.Nanti ibubapa kamu bertambah risau pula nanti.Namun itu bergantung kepada kamu semua bagaimana untuk mengaplikasikanya.

SEKIAN SAHAJA NUKILAN daripada:

 Harif Harun(H.H)

Monday 14 January 2013

Coretan hidup

Sudah lama aku tidak post di blog aku ini.Sebenarnya aku sekarang sibuk sgt dengan belajar..walaupun ada masa untuk update blog aku ini,tetapi jari ini seolah-olah malas untuk menulis atau pun berkarya di blog..Ada sesetengah orang yang sering kali menulis novel..ala seperti novel..ada pula yang menulis diari hidupnya.Mungkin di situ lah tempat dia ingin meluahkan perasaan.Namun bagi aku,luahan perasaan itu aku tidak suka kerana aku tidak mahu orang lain mengetahui isi hati aku ini.Aku juga tidak suka berkongsi perasaan aku itu.To me,make it simple,live will be more fun because ramai orang tidak tahu isi dan hati kita ini.Bermakna first inspiration diorang tidak dapat lagi estimate diri kita diri ini.So bagi aku,lebih korang semua make it low profile...