Monday 11 July 2011

Jambatan Pulau Pinang sesak akibat kebakaran kabel TNB

2011/07/11

GEORGETOWN: Ratusan kenderaan terkandas hampir dua jam di laluan masuk dan keluar di Jambatan Pulau Pinang dan sekitar bandar itu apabila kabel elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah jambatan itu terbakar petang tadi.

Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata, kesesakan itu menjadi serius berikutan kebakaran kabel itu berlaku pada waktu puncak iaitu pada 5.30 petang tadi.
Bagaimanapun, katanya, keadaan lalu lintas beransur pulih pada 7 malam tadi selepas kerja pembaikan kabel dan memadam kebakaran selesai dijalankan.

Sementara itu, Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, Abdul Aziz Jaafar, ketika dihubungi, mengesahkan kebakaran kabel simpanan di bawah jambatan itu pada 5.25 petang tadi.

Katanya, kebakaran kabel itu bagaimanapun tidak menjejaskan bekalan elektrik di negeri itu kerana ia hanyalah kabel simpanan.

"Kebakaran kabel 132kv itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada 6.30 petang tadi dan ia hanya membabitkan kabel simpanan dan TNB sedang menjalankan siasatan mengenai punca kejadian," katanya. - BERNAMA

SUMBER:BERITA HARIAN

UNTUK KETERANGAN LANJUT.LAYATILAH LAMAN WEB DI BAWAH
http://www.bharian.com.my/articles/JambatanPulauPinangsesakakibatkebakarankabelTNB/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

No comments:

Post a Comment