Monday 30 January 2012

KESUSAHAN

Setiap daripada kita pasti akan melalui saat kesusahan.Pernah atau tidak kita fikir kenapa kesusahan itu hadir dan wujud dalam kehidupan seharian kita??Ada kalanya ada di antara kita tidak pernah melalui kesusahan,tetapi  apabila mereka menghadapi kesusahan itu mereka tidak mengambil ia sebagai suatu yang positif.Cuba kita lihat orang yang telah berjaya,pasti mereka juga melalui saat kesusahan itu.Mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam meniti dan memperoleh kejayaan itu.

Kita sering melihat hasil kejayaan mereka tetapi pernah kita bertanya kepada mereka apakah cabaran yang terpaksa mereka hadapi untuk mendapat kejayaan itu.Ada setengah daripada mereka seperti tidak mahu menceritakan pengalaman tersebut kerana tidak sanggup lagi untuk mengingat pengalaman yang lalu itu.Mungkin pada pengalaman itu terdapat saat yang pahit terpaksa mereka tanggung.Namun begitu,ada yang ingin berkongsi pengalaman itu bersama orang lain agar ia menjadi iktibar bahawa kesenangan yang hadir pada hari ini bukan lah suatu perkara yang sangat mudah

Oleh yang demikian,setiap kesusahan yang kita hadapi,haruslah kita tempuhi dengan fikiran yang positif.Jangan anggap itu merupakan suatu benda yang tidak sepatutnya ada dalam kehidupan kita kerana kesusahan itu membentuk diri kita pada hari ini.

No comments:

Post a Comment