Sunday 20 January 2013

Jadual Waktu Untuk Sem Hadapan...

Salam...aku kali ni tetiba je rasa nak post pasal jadual belajar untuk setiap sem.Aku bersyukur sangat sebab universiti aku fleksible kepada student untuk memilih sendiri atau dengan kata lain menyusun jadual waktu dengan sendirinya.Bermakna apabila jadual waktu di susun sendiri,maka para pelajar boleh memilih sendiri hari peperiksaan yang mereka kehendaki.Ada yang dapat jadual peperiksaannya yang mana setiap subjek itu ada gap.Ada yang terpaksa menanggung hari peperiksaanya yang berturut-turut dan habis awal peperiksaanya.

Manakala bagi mereka yang pandai menyusunya,dia akan memilih terdapat gap satu atau dua hari bagi setiap subjek.Bermakna mereka tidak exam berturut-turut harinya.Bagi aku pula,aku lebih suka exam yang mana ada gap.Majoritinya akan memilih begitu.Orang cakap boleh lah jugak "pulun" untuk saat2 akhir..Setiap saat amat berharga apabila menjelang study week dan exam week.Seandainya waktu di buang begitu sahaja,maka anda akan berasa amat menyesal.Kalau anda tidak merasa sebegini bermakna saya boleh katakan anda mungkin seorang yang genius atau dengan kata yang lebih kasarnya,tidak mengambil serius dalam belajar..hehehe

No comments:

Post a Comment