Wednesday 6 February 2013

TAK TAU...

tetiba sahaja aku terasa nak tulis blog.Aku terasa nak upadate post kat wall blog aku ini.
Setelah lama berasa cuti panjang,aku terasa nak buat sesuatu baru.Setiap hari terfikir,apa aktiviti yang aku buat pada hari ini.Aku ini jenis tak boleh hanya terperap di rumah sahaja sebab kalau lama sangat terperap kepala aku terasa pening dan terasa tidak ada kepuasan pada hari tersebut

Aku lebih suka melepak dengan budak-budak dari kampung aku walaupun percakapan mereka itu bukan  berada pada tahap pemikiran aku,namun aku cuba untuk menyelami jiwa mereka.Mereka kadang-kadang boleh bertukar ganas tetapi pada masa yang sama mereka ini berjiwang juga.Bila dengan perempuan kesopanan mereka akan tertonjol.Aku kadang-kadang tergelak seorang diri melihat mereka.Namun bila mereka meningkat dewasa,aku boleh meihat tahap kematangan mereka.Mereka yang dahulunya suka mengutuk perkara yang tidak munasabah,tetapi sudah bertukar menjadi seorang yang memberi semangat kepada kawan.Memang betul cakap mama,bila timbul kesedaran dalam diri mereka,sikap dan perangai mereka automatik akan berubah menjadi seorang yang betul2 mahu berjaya...

No comments:

Post a Comment