Wednesday 13 February 2013

kejatuhan dan kejayaan

adakalanya diri kita bukanya sentiasa berada di atas.Kita harus juga merasa apa perasaan berada di bawah dan perasaan bila kita jatuh daripada sesuatu kejayaan.Cuba lihat semua orang yang berjaya dan hebat2 di dunia ini.Mereka semua tidak sentiasa berada di atas.Mereka pasti pernah berada di bawah atau pernah merasa jatuh.

Cuba kamu renungkan diri kamu sendiri,bila kamu jatuh dariapada sesuatu kejayaan,pasti kamu akan merasa sangat kecewa.Kamu juga berasa seolah mahu berputus asa.Ini bermakna kamu sudah mengalah  di pertengahan jalan.Kamu belum tentu lagi apa yang kamu kecepi jika kamu mengambil apa yang kegagalan itu sebagai suatu benda yang positif terhadap diri kamu.

Diri saya ini pernah merasai perasaan kegagalan dalam hidup ini.Namun saya cuba ambil ia sebagai suatu benda yang positif pada diri saya ini.Saya juga tidak pernah mengagap ia sebagai suatu kegagalan yang berterusan tetapi kegagalan yang dialami itu harus di ambil sebagai iktibar bagi diri kita ini.Cuba kamu cari dan kaji apa sebenarnya punca dan penyebab yang menyebab kamu gagal.Kalau sudah punca dan penyebabnya kita jumpa,maknanya kita sudah tahu yang mana kita patut baiki..




No comments:

Post a Comment